As salam semua.
Ingat lagi tak entry ni Jangan Berdukacita Kerana Rezeki Lambat, Tapi Ia Pasti Tiba.
Masa ni Ibu mengalami waktu yang amat sukar.
Tapi bila ibu baca artikal ni.
Ibu jadi kuat semangat.
Alhamdulillah Allah bentangkan seluas-luasnya rezeki untuk anak-anak ibu.
Tak dapat nak diungkapkan lagi rasa kesyukuran pada Allah.
Melinang air mata ini dengan Kurniaan Allah yang tak terhingga..
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Ibu sebagai hamba yang kerdil, ibu perlu terus mensyukuri nikmat dari-Nya walau sedikit..
Kepada mereka yang merasakan diri berada dalam keadaan yang sempit,
Ingat lah Allah sentiasa bersama hamba-Nya yang sentiasa bersyukur..
Doa, Usaha, Syukur dan Tawakal pada Allah akan membuatkan kita lebih tenang..
Rezeki Allah amat luas dibumi-Nya ini..


No comments:
Post a Comment