♥ My Love Followers ♥

♥ $~Nuffnang ♥

My Blog ~ ytelife²

  • Sedih | Moody - Selamat pagi semua.. Mood ibu dalam kesedihan, Coz Bonda anak² ibu (adik ibu) keguguran.. Disebabkan dia cirit birit beterusan.. Kalo ibu sedih, bonda lagi s...
    3 months ago

Tuesday, July 10, 2012

GiveAway Hayati² ~ Kesayangan Hamba

Jom join Giveaway ibu..
Klik sini untuk join

Syarat² yang simple sangat..
Hadiah yang comel...
Jom join ramai²..

Ibu kembali dengan BLOG baru ~ ytelife²


Asalam semua.. Lama tak update blog..Sejak blok ibu tak boleh nak update..terus ilang mood berblog..
Sekarang baru la start nak berblog balik..
Ibu dah buat keputusan untuk wujud kan blog baru..
Blog lama still ada, Ibu masih monitor lagi..
Mungkin agak sukar nak control dua² blog sekali gus.. Tapi kene wat juga..
So untuk teruskan cerita kami..
Sila lah singgah ke rumah baru ibu..

Permulaan untuk blog ni ibu adakan Contest Giveaway..
http://ytelife2.blogspot.com/2012/06/giveaway-
Hope boleh ramaikan lagi kawan² dalam dunia berblog ni...

Saturday, June 16, 2012

Saya dah tak de hati untuk berblog..Maaf

Dah hampir sebulan mood berblog ke langit.. Sejak tak boleh nak update cerita, tukar gambar kat side bar & header, ibu langsung tak de mood.. Ibu dah usaha macam² delete semua N3 yang rasa nyer tak penting.. n Macam² dah ibu buat.. still cam tu lagi..
Thanks pada kak Fieza (fieza79.blogspot) coz tolong ibu selamatkan blog ni..Ibu dah cuba ikut petua yang diberi..tp tak tahu lah mana silap nyer.. ibu tak dapat nak update seperti biasa..dah tak seronok nak update blog...
Sekarang ni ibu masih lagi usaha untuk selamatkan blog ni.. Tapi kalau ibu dah putus asa, ibu mungkin akan terminate blog ni.. N signup yang baru.. Maybe cerita² dalam blog tu pon akan dibuang..
Atau pon Ibu tak nak join dunia maya ni lagi.. tunggu la mood berblog kembali semula.. tu pon kalo ada la..
Ibu memang tak sangka benda ni berlaku.. dah hampir 3 tahun melayan perasaan dalam blog ni..
Suka duka semua ada.. atau pun ibu akan biarkan blog ni terus bernyawa.. tapi ibu tetap monitor.. isk nak monitor Dua² memang payah..
Tak pe lah.. Sekarang ni relaks dulu. Nanti ibu kembali dengan semangat baru, sama ada delete blog ni @ sebalik nyer....

Thursday, June 14, 2012

TOLONG SELAMATKAN BLOG SAYA...

Dah hampir 2 bulan blog ibu tak boleh nak update gambar²... Nak tukar gambar kat side bar pon tak boleh... Gambar kat header pon tak boleh tukar... semua Error.. Grrrr ni nak marah ...
Ni la error yang keluar tu...aduhai...tlong la ibu settlekan masalah ni....

Tuesday, June 12, 2012

Malam Berinai

Sambung lagi cerita majlis perkahwinan bonda.. Kisah malam berinai plak.. Macam biasa la .. klau ikut orang melaka , malam sebelum hari langsung tu ada majlis juga.. pengantin berarak n ada kompang..bunga api tak lupa juga.. Bunga api kami dari buluh.. sesetengah orang je pandai wat bunga api ni.. Dah tak ramai orang wat bunga api ni..Orang lama je pandai buat..
Pakaian untuk malam berinai.. selalu kalau nak bersanding malam tu, kami kene kan dengan baju songket..
Coz malam tak panas sangat nak pakai songket tu..
Ni la bunga api tu.. memang best.. 
Adam suka sangat.. maklum la tak penah tengok..
Pasangan Raja sehari
Isk si bujang sulung ni, nak juga .. Siap salam pengantin..
Semua orang geli hati tengok gelagat Adam..
At last mak andam bagi...
.
.
.
.
.
TELUR..
Memang favorite Adam ... 
Comel ..

Alif Firas ~ 10 bulan sudah...

Tak sangkakan PejamCelik² anak² makin besar.. dah panjang akal wat macam².. Ari ni Firas genap 10 bulan.. Sekarang ni dah pandai merangkak laju, dah faham, kalau orang nak jalan² dia nak ngikut,.. dah pandai memanjat, memapah tepi² almari.. Kuat makan..Dah pandai bergurau ngan abang Adam, Gigi dia dah tumbuh dua batang... And duduk pon dah tegap..
Alhamdulillah.. Ibu diberi umur yang panjang untuk melihat diorang, walaupun bukan sepenuh masa.. Tapi ibu bersyukur sekurang² nyer mereka membesar depan mata ibu..


 Duduk pon dah tegap..
Dah tumbuh gigi..
Jangan hulur jari ye.. putus plak kang..
Main bersama abang Adam..
Syukur pada Allah.. diorang ada bersama² ibu.. susah macam mana pon, ibu tetap berusaha untuk jaga anak² ibu..Sayang kamu anakku..

♥ $~Nuffnang ♥